Disclaimer: Ini adalah Personal Blog dari beberapa Pelajar Perubatan MBBS Widad College University. Segala nukilan hanyalah pendapat peribadi sepanjang pengajian kami disini. Tiada kena-mengena dgn Pihak Pengurusan, College, KKM, MMC mahupun Kerajaan. Chill :)

Widad University College


Widad Universiti College merupakan sebuah College yang dahulunya dikenali sebagai Shahputra Universiti College. Widad universiti College adalah milik sepenuhnya dari Widad Business Group. Pelbagai kos yang ditawarkan oleh Widad Universiti College antara yang paling popular adalah MBBS

Disini, MBBS dijalankan dibawah kelulusan MMC dan MQA yang mana persatuan perubatan pendidikan ini sering menjalankan lawatan ke setiap Medical School di seluruh Malaysia termasuklah, Widad University College.

MBBS Widad juga menggunakan tempat-tempat latihan untuk pelajarnya berpraktikal di sekitar Pahang. Hospital Tengku Ampuan Afzan adalah tempat utama MBBS berkampung menuntut ilmu. Hospital-hospital lain seperti Hospital Pekan, Hoshah juga terlibat dalam sesi Teaching Hospital.

Widad Universiti College mempunyai beberapa Pakar Pengamal Perubatan dari dalam dan luar negara yang sepenuhnya menjadi pensyarah tetap bagi kos MBBS ini. Tidak kurang juga Pakar yang bekerja di KPJ, DMMC, dan KMC turut terlibat dalam sesi pembelajaran ini.



Tahun 2017 menjadikan tahun terpenting bagi setiap pelajar Widad Universiti College terutama pelajar MBBS termasuklah kesemua batch dari tahun satu hingga tahun akhir MBBS akan menghadapi peperiksaan Professional Exam setiap Batch masing masing yang dikendalikan oleh badan induk MMC sendiri. 

No comments:

Post a Comment